6 August 2013

Umur Remaja, Sudah Cukup Bersediakah Aku?

Usia remaja adalah usia yang paling digeruni dan ditakuti
Contohilah Muhammad Al Fateh mahupun SaidinaAli
Tangan mereka menggegar dunia dan seisinya
Hari ini remaja Islam yang ada umpama buih2 di lautan
Termasuklah diri sy yang hina lagi lemah ini


Coretan hari ni nak share kat pembaca2 yang setia tentang persediaan kita sebagai remaja utk masa depan.


Sebelum tu, nak cerita sikit pasal conversation mak kat dalam kereta:


Me : Khawen lambat agy la mak. Abang pk nak
tunang dulu, taun depan ke. InsyaAllah la ea :)

Mak : owhh. Wat pe tunang. kawen terus la..kan senang.
Me : haahaha. Tunang dulu la mak. Nak ikat dulu. Takutla
terlepas kan. Sekarang ni nak cari perempuan baik2
bukan senang mak. Yang baik banyak org da cop.
Sobzz :( huhu..



Mak : Alaa..insyaAllah, kalau diri kita ni baik.. Allah
jumpakan dengan yang baik jugak nnti.


Wahh?? macam x sangka kan? Akhirnya kata2 mcm ni keluar jugak daripada mulut mak dan abah. Yang sebenarnya, kalau kita nak bina keyakinan dalam diri mak ayah kita, diri kita sendiri kena usaha jaga akhlak dan kematangan kita kat rumah. Once mak ayah kita yakin, insyaAllah diorang pun x kan takut2 nak borak pasal hal2 mcm ni. < tapi aku xlah matang sgt > hehe.


Conversation kat atas ni x berapa penting. Yang penting ayat last tu.


InsyaAllah, kalau diri kita ni baik.. Allah jumpakan dengan yang baik jugak nnti.


So, macam ne sahabat2 sekalian? agak2 nya diri kita dah bersediakah nk pimpin sebuah institusi keluarga? Dah tentunyaa diri kita sahaja yang tahu. Saya sendiri masih belum yakin dgn kemampuan diri ni. Masih banyak kekurangan. Kalau kita bercita-cita ingin dapatkan seorang isteri yang solehah, maka diri kita pun kena lah soleh. insyaAllah Allah akan permudahkan . Mujahadah :)


Persoalan yang perlu kita bangkitkan dalam diri kita, sudah bersediakah kita?


Bersedia apa? Bersedia utk masa hadapan, menghadap kematian, bertarung dengan cabaran dunia, mengharungi ujian2 mendatang, meredah cabaran2 golongan kafir di luar sana?


" Jika kita ingin lihat pemimpin masa hadapan,lihatlah pemuda hari ini ( Saidina Ali ) "


Saidina Ali dalam sebuah kata katanya menggambarkan pemimpin akan datang dengan wajah pemuda hari ini. Subhanallah, rasenyer kita semua pun sedar hakikat pemuda hari ini dah terlalu rapuh, goyah dan x bermaya. Suara2 pemimpin mahasiswa hari ini pun lebih bersifat politik dan meraih kedudukan. Dapat jawatan pun x dilaksanakan dengan adil dan telus. Ramai yang berlumba lumba mengejar populariti dan nama. Situasi ni biasa berlaku dalam dunia Universiti. Hanya kerana wanita dan pangkat, si lelaki lantang bersuara atas nama kepimpinan, padahal suara2 lantang itu hanya sekadar bunyi tin kosong yang tiada isinya.


Berapa ramai pula pemuda hari ini yang berani bangkit bersuara soal Islam, maruah agama, hukum2 agama, masalah2 sosial ? Berapa ramai yang berani menyatakan keagungan Agama Islam? Berapa ramai yang berani tampil kehadapan apabila disuruh menjadi imam? Berapa ramai yang hadir apabila majlis2 keagamaan dilaksanakan? Mana perginya suara2 lantang yang sungguh hebat berbicara tadi? Sungguh menyedihkan gambaran pemuda2 harapan bangsa dan agama hari ni. Bukan anda, tapi saya pun belum tentu mampu mecontohi sahabat2 Rasulullah satu masa dahulu.


Jelas kepincangan yang berlaku dalam dunia remaja hari inil. Jadi tanya diri anda sudah bersediakah? Pantang borak soal jodoh, panjang lebar cerita dan cita2 nya, itulah senario remaja yang x boleh dinafikan. Tapi, sejauh mana anda mampu mendirikan baitul muslim? Diri sendiri sudah cukup persediaan atau belum?


"Banyak pemuda Islam hari ini, kuat pada semangatnya tapi lemah pada tindakannya"


Astaghfirullah, kita sama2 insafi kelemahan diri ini. Hakikat ini memang perlu kita akui. Banyak pemuda yang begitu hebat bersuara tentang maruah dan nasib orang Islam, tapi diri sendiri yang menyumbang kepada tercalarnya maruah Islam. Banyak pemuda yang begitu marah apabila maruah Islam dicabar oleh orang2 Kafir, tapi diri sendiri yang x berusaha membangunkan akhlak Islamiah.


Kita terlalu sibuk memikirkan jalan2 untuk menghapuskan unsur2 Freemason, Westernization, dan Israel, padahal usaha2 itu hanya sekadar semangat di bibir dan kederat yang x menggentarkan musuh2 Islam pun. Yang perlu kita bangunkan adalah kefaqihan kita dalam agama, ketaqwaan kita pada agama, dan jihad kita pada jalan agama. Jikalau semangat disertakan dengan ilmu, insyaAllah syabab hari ini mampu menggegar dunia. Bukan sekadar jihad di jalanan, protes sana sini, sepanduk diangkat tinggi2 sebagai tanda protes, bendera mereka dibakar, dan sebagainya. Musuh2 Islam x kan gentar dengan semangat2 kosong kita ni, tapi mereka akan gentar bila kita bersatu dengan ilmu, ketaqwaan dan jihad di jalan Allah.


Jadi apa kesudahnnya?


Back to basic..kesedaran..


"Islam di Barat sungguh hebat peningkatannya, walaupun mereka minoriti tapi Islam di sana semakin tersebar"


Memang lumrah, bila kita berada dalam suasana minoriti, kesedaran itu akan timbul dan usaha tu akan dilaksanakan dengan ikhlas..kerana itu Islam di zaman Nabi cepat tersebar, kerana mereka minoriti, semangat utk berhijrah ke Madinah begitu kental..semangat menyebarkan dakwah begitu cekal..


Tapi hari ini apa yang berlaku di negara kita? Hanya kita sahaja yang mampu menjawapnya. Saya dan anda juga masih belum punyai kekuatan yang begitu hebat seperti sahabat2 

30 July 2013

Leonardo Da Vinci



Dia telah digambarkan sebagai tokoh (archetype) kepada "lelaki Renaissanse" dan sejagatnya sebagai pintar. Leonardo termashyur kerana lukisannya yang mengagumkan, seperti The Last Supper dan Mona Lisa. Dia juga dikenali kerana ciptaan yang dibuat sebelum zamannya tetapi tidak pernah diterbitkan semasa hidupnya. Tambahan lagi, dia membantu memajukan pengajian mengenai anatomi,astronomi, dan kejuruteraan awam.

Kehidupan peribadi
Kisah hidupnya digambarkan dalam biografi Vite oleh Giorgio Vasari.
Leonardo dilahirkan di Vinci, Itali. Bapanya Ser Piero da Vinci merupakan tuan punya tanah atau tukang yang kaya, ibunya Caterina, gadis petani. Ia telah dicadangkan bahawa Caterina merupakan hamba yang berasal dari Timur Tengah yang dimiliki oleh Piero, tetapi tiada bukti kukuh.

Zamannya merupakan zaman sebelum kelaziman penggunaan nama keluarga (surname) di Eropah, oleh itu nama penuhnya adalah "Leonardo di ser Piero da Vinci", yang bererti "Leonardo, anak lelaki Piero, dari Vinci". Leonardo sendiri menandatangani hasil kerjanya sebagai "Leonardo" atau "Io, Leonardo" ("Saya, Leonardo"). Dengan itu, kebanyakan pakar merujuk hasil kerjanya sebagai "Leonardos," bukannya "da Vincis." Kemungkinannya dia tidak menggunakan nama bapanya kerana dia anak luar nikah.

Leonardo membesar dengan bapanya di Florence. Dia merupakan vegetarian sepanjang hidupnya. Dia menjadi anak murid kepada pelukis Andrea del Verrocchio sekitar tahun 1466. Kemudian, dia menjadi pelukis bebas di florence

Sosial Remaja masa kini

Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, liar . Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Sehubungan dengan itu CAHAYA berpeluang menemu ramah Prof. Dr Fatimah Yusoff, Ketua Program Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKMbagi mengupas permasalahan gejala sosial di kalangan remaja perempuan ini dengan lebih lanjut.

Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
“Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut”.


“Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut”.


Pengaruh Rakan Sebaya
“Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.”


Dahagakan Keseronokkan
“Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak”.




Pengaruh Media Massa
“Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat”


Sikap Keluarga
“Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja”


“Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini de


“Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak”.


“Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik”.


“Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak”.


Nasihat Untuk Remaja
“Kepada semua remaja, saya menyarankan agar sentiasa berwaspada dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika berkawan, pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan bukannya kawan yang memusnahkan hidup . Jangan mudah terpengaruh. Kenali orang-orang di sekeliling . Penting juga anak-anak remaja mendapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’. Pilihlah mereka yang telah menempa kejayaan dalam kehidupan mereka supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan” ujar Prof Dr Fatimah mengakhiri wawancara dengan CAHAYA.

11 July 2013

MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW



18 June 2013

Kata-Kata Hikmat Al-Ghazali

Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati , cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya dan buatlah apa yang engkau kehendaki tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.
Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!
Jika berjumpa dengan kanak-kanak – bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
Apabila bertemu dengan orang tua – bahawa dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
Jika berjumpa dengan orang alim – dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
Apabila melihat orang jahil – mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
Ku letakkan arwah ku dihadapan Allah dan tanamkanlah jasad ku dilipat bumi yang sunyi senyap. Nama ku akan bangkit kembali menjadi sebutan dan buah bibir ummat manusia di masa depan.
Ilmu yang pertama disebut ilham dan hembusan dalam hati, ilmu yang kedua disebut wahyudan khusus untuk para Nabi.
Kita tidak dapat mengakui bahawa setiap orang yang mengaku beragama itu pasti mempunyai segala sifat-sifat yang baik.
Ibu segala akhlak ialah tempat kebijaksanaan, keberanian, kesucian diri dan keadilan.
Nasehat itu mudah, yang musykil ialah menerimanya kerana ia pahit terasa kepada si hamba hawa nafsu, sebab barang yang terlarang sangat disukainya.
Jadikanlah “kemahuan yang bersungguh-sungguh” itu menjadi mahkota roh, “kekalahan” menjadi belenggu nafsu dan “mati” menjadi pakaian badan, kerana yang akan menjadi tempat diammu adalah kubur, dan ahli kubur setiap saat menunggu, bilakah engkau akan sampai kepada mereka.
Pati ilmu yang sebenar ialah mengetahui sedalam-dalamnya apa erti taat dan ibadat.
Lidah yang lepas dan hati yang tertutup dan penuh dengan kelalaian itu alamat kemalangan besar
Jika nafsu itu tiddak engkau kalahkan dengan jihad yang bersungguh-sungguh, maka sekali-kali hatimu tidak akan hidup dengan bur ma’rifat.
Jika sekiranya sekadar ilmu sahaja telah memadai bagimu, dan tidak ada lagi hajatmu kepada amal di belakang itu, tentulah seruan dari sisi Allah yang berbunyi : “Apakah ada yang memohon? Apakah ada yang meminta ampun? Dan apakah ada yang bertaubat?” itu akan percuma sahaja, tidak ada gunanya.
Janganlah engkau meyimpan harta benda melebihi dari apa yang dibutuhkan. Rasulullah saw. bersabda: “Ya Allah, jadikanlah rizki keluarga Muhammad itu sekadar untuk mencukupi kebutuhan”
Ilmu yang tidak disertakan dengan amal itu namanya gila dan amal yang tidak disertai ilmu itu akan sia-sia.

CABARAN REMAJA HARI INI

Remaja hari ini berhadapan dengan cabaran hidup yang semakin rencam dan menakutkan berbanding kehidupan yang dilalui oleh ibubapa mereka. Peredaran dan perubahan zaman yang semakin cepat menjadikan trend dan kehendak remaja masa kini berbeza-beza serta pelbagai. Apa yang berlaku di Barat umpamanya dengan mudah merebak ke seluruh dunia dengan kecanggihan dan teknologi yang ada hari ini seperti internet, kemudahan ICT dan sebagainya. Keadaan ini menimbulkan kebimbangan kepada banyak pihak kerana globalisasi menjadikan dunia semakin kecil dan segala kemungkinan boleh berlaku jika tidak dipantau dan dikawal sebaiknya.



Di Britain umpamanya ramai gadis muda di sana mengakui mereka mengalami masalah kesihatan mental akibat tekanan supaya membesar lebih cepat daripada masanya. Kajian dilakukan oleh Girlguiding UK mendapati remaja di bawah usia 14 tahun percaya pengaruh majalah, laman web dan rakan-rakan yang memberitahu supaya mereka kelihatan dan bertindak secara seksual menjadikan mereka tidak gembira, malah mendorong sebahagiannya mencederakan diri sendiri dan mengalami masalah pemakanan.

Dua daripada lima gadis yang ditemui berasa diri mereka teruk selepas melihat gambar model atau bintang pop seperti Kate Moss dan Cheryl Cole, dan ramai berasa wajib memakai pakaian yang membuatkan mereka kelihatan lebih berusia, menghilangkan berat badan, mengenakan mekap malah mempertimbangkan untuk menjalani pembedahan plastik. Sementara yang lain berkata, mereka tertekan untuk memiliki wang bagi membeli fesyen terbaru dan peralatan seperti iPod dan telefon bimbit. Senario seperti ini sama ada sedar ataupun tidak sudahpun menular dan berakar di kalangan anak muda sebagai budaya popular dan gerakan liberalisasi Barat di negara kita sejak sekian lama.

Lambakan iklan dan promosi barangan keperluan di TV, internet, majalah dan sebagainya khusus untuk kanak-kanak seperti alat mekap, pakaian dan lain-lain dengan jenama serta harga yang mahal sangat membimbangkan. Ketika ini terdapat iklan di stesen TV tempatan yang menunjukkan bagaimana model kanak-kanak bangga menunjuk dan mempromosikan alat solekan serta pakaian mahalnya. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak seolah-olah diajar dan digalakkan menggunakan produk yang tidak perlu ini dan perkara ini sudah tentu akan membebankan ibu bapa dalam keadaan harga barang yang semakin meningkat. Ini adalah kerana pengaruh iklan dan kawan-kawan sangat kuat dan ibu bapa perlu lebih proaktif menerangkan perkara sebenar kepada anak-anak berkenaan keperluan tersebut.

Masalah tekanan emosi yang kian melanda kanak-kanak juga semakin menular dan tidak terkawal. Apa yang berlaku kepada keluarga Sufiah Yusof di United Kingdom (UK) sehingga mengemparkan seluruh dunia umpamanya wajar menjadi iktibar dan membuktikan bagaimana situasi ini boleh berlaku diluar kehendak apabila seorang kanak-kanak terpaksa bersaingan di universiti dalam usia terlalu muda dengan kelompok bukan sebaya yang sudah tentu cukup tertekan dan diluar kemampuan walaupun pada hakikatnya Sufiah adalah seorang manusia yang sangat genius tetapi mungkin tidak matang menempuh kehidupan sebenar sehinggakan membawa beliau ke lembah pelacuran.

Ketua Eksekutif Yayasan Kesihatan Mental Dr Andrew McCulloch, yang menjalankan kajian berkaitan berpendapat gadis dan wanita muda dipaksa membesar pada tahap tidak normal dalam masyarakat dan merosakkan emosi mereka. Semua pihak bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan ini dan perlu menangani punca kesukaran yang dihadapi remaja sekarang. Ini adalah realiti yang sedang berlaku di seluruh dunia termasuklah di negara kita apabila anak-anak kecil terpaksa bersaing sama sendiri seawal usia empat tahun dan mereka sudah diajar untuk mencipta kejayaan dan kecemerlangan di dalam peperiksaan dan ujian yang disediakan kepada mereka ketika di taman asuhan dan pusat jagaan lagi.

Keadaan ini sudah tentu ada baik dan buruknya kepada perkembangan anak-anak dan dalam hal ini kita perlu melihatnya secara yang lebih positif. Jika 20 tahun dahulu seorang kanak-kanak boleh membaca seawal usia empat tahun, sudah tentu beliau akan dianggap cerdik dan akan dikerumuni oleh orang ramai, namun hari ini kebolehan membaca, mengira, mengeja, menggunakan komputer dan bertutur dalam pelbagai bahasa ketika usia tersebut adalah perkara biasa dan lumrah. Kanak-kanak hari ini menjadi semakin bijak dengan kemudahan dan sistem pembelajaran berkesan yang disediakan.

Biarpun begitu, dalam sebuah laporan antarabangsa menyatakan kebergantungan kepada komputer dan terlalu sedikit membuat kerja menggunakan tangan boleh menyebabkan kehilangan skil kraftangan dan pakar dalam hal ini memberi amaran keadaan itu mengancam perkembangan intelektual kanak-kanak. Bukti perubatan menegaskan aktiviti praktikal bukan saja berkesan merangsang bahagian otak, ia juga sejenis 'senaman' untuk mengukuhkan kaitan saraf. Untuk itu, ibu bapa dan penjaga dalam hal ini perlu lebih kreatif dan inovatif membantu dan membimbing kanak-kanak menjalani latihan praktikal seperti pertukangan, pemasangan, DIY, berkebun dan sebagainya serta tidak membiarkan anak-anak leka bermain komputer di rumah.

Laporan berkenaan meningkatkan kebimbangan berhubung keghairahan sekolah mengurangkan aktiviti praktikal seperti skil menggunakan kayu, logam, kraftangan dan mekanik. Di rumah pula, kanak-kanak lebih berkemungkinan menekan butang pada papan kekunci atau tetikus daripada menggunakan kotak peralatan kerja. Ada alasan saraf dan kognitif mengapa kanak-kanak perlu berpengalaman menggunakan tangan dalam elemen kehidupan seharian mereka.

Menggunakan tangan didapati menjadikan kanak-kanak lebih pintar menurut pakar psikologi, Dr Aric Sigman yang mendakwa Britain misalnya semakin menjadi 'masyarakat program komputer berbanding pemutar skru' dengan implikasi serius pada ekonomi. Generasi sekarang tidak mampu menangani masalah biasa mekanikal dan mereka nampaknya terlepas beberapa bahagian tertentu perkembangan kognitif kerana tidak pernah memegang sepanar atau memperbaiki enjin yang.


Dalam perkembangan berkaitan di mana dalam satu penyelidikan mendapati kanak-kanak hari ini ketinggalan dalam bahagian penting perkembangan kognitif menjelang usia 11 tahun, manakala kajian selama 30 tahun yang diterbitkan dua tahun lalu mendapati pemahaman kanak-kanak mengenai konsep saintifik utama seperti isi padu, kepadatan, kuantiti dan berat jatuh 'secara drastik' sejak dekad lalu. Profesor Michael Shayer berpandangan persembahan budak berusia 11 tahun pada 1975 dalam pertengahan 1990-an adalah sama, tetapi jatuh menjelang 2004.

Satu kajian lain yang memperincikan bagaimana golongan remaja menghabiskan masa melayari internet dan menggunakan telefon bimbit mendapati lebih seorang daripada setiap 10 kanak-kanak di Britain berbual lucah secara online. Ia menunjukkan bagaimana remaja Britain yang semakin celik teknologi berbanding rakan sebaya mereka di Amerika Syarikat dikatakan selalu berbohong kepada ibu bapa untuk memasuki laman web yang tidak sesuai dengan mereka dan berbual dengan orang asing. Hakikat ini jika tidak dipantau oleh pihak berwajib boleh meracuni pemikiran mereka serta memberi impak negatif kepada proses perkembangan semulajadi kanak-kanak termasuklah di negara kita.

Laporan Mobile Life, menyatakan 11 peratus remaja berusia 11 hingga 18 tahun berbual lucah secara online, manakala 28 peratus mengaku melayari laman web lucah. Ramai berpura-pura melakukan kerja rumah sedangkan mereka melayari internet, dengan 49 peratus mengaku mereka menipu ibu bapa masing-masing mengenai apa yang dilakukan secara online. Laporan yang dikumpulkan hasil tinjauan ke atas 6,000 penduduk, juga menganalisis perbezaan antara remaja Amerika dan Britain, dengan golongan itu di Britain kelihatan lebih sofistikated. Sebagai contoh, 53 peratus remaja Britain berkomunikasi menerusi kamera web, sesuatu yang cuma dilakukan oleh 18 peratus rakan mereka di Amerika.

Realiti seperti ini berkemungkinan besar turut berlaku di kalangan kanak-kanak di Malaysia memandangkan mereka hari ini juga celik dan mesra komputer sejak awal lagi di samping pusat kafe siber yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di seluruh negara memudahkan mereka mengakses kepada benda-benda yang negatif jika tiada sebarang bentuk kawalan dan pemantauan terhadap aktiviti harian mereka dilaksanakan. Oleh demikian, dalam perkara ini aspek etika, akhlak dan didikan agama secara menyeluruh sangat penting yang perlu diberikan penekanan yang sewajarnya sebagai benteng dan bekalan kepada mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

14 June 2013

tidak ku pinta lahir ke duni



Senyumku tak se ghairah,


Gerak gaya tidak se lincah,

Mataku tak se ayu,
Kicau burung pun tak se merdu.

Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.

Tidakku minta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan sayang,
Bukan ku rayu bantu simpati.

Maafkan wahai teman,
Ku menumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua